Klinik Kurnia telah diasaskan oleh Dr Mohd Andalas Putra pada tahun 2016. Klinik Kurnia Batu Pahat merupakan hq utama dan satu-satunya klinik yang beroperasi 24 jam yang terletak di jalan Tanjung Labuh.

Dr Mohd Andalas Putra mempunyai kepakaran dan pengalaman yang meluas dalam bidang rawatan konservatif dan pembedahan kecil seperti lipoma, sebaceous cyst, bisul, cekam, berkhatan, dan lain-lain.

Kepakaran Klinik Kurnia adalah membantu masyarakat untuk mengetahui status kesihatan supaya sentiasa berada dalam keadaan sihat, cergas dan aktif serta dapat tidur yang lena di malam hari.

Klinik Kurnia juga aktif dalam melakukan aktiviti bersama masyarakat sekitar Batu Pahat tersebut termasuklah pkkur (pemeriksaan kesihatan klinik kurnia), pemeriksaan saringan covid-19. doctor house, suntikan thypoid ke premis-premis, perkilangan dan banyak lagi.

DR. MOHD ANDALAS PUTRA BIN MOHAMED ISMAIL

CEO Kurniaan Health Legacy Sdn Bhd

  • Ijazah Sarjana Muda Perubatan (Md) Di Univerisity Of North Sumatera Indonesia.
  • Praktikal Di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani Kedah.
  • 5 Tahun Berkhidmat Sebagai Pegawai Perubatan (Pembedahan) Di Jabatan Pembedahan.
  • 3 Tahun Berkhidmat Sebagai Pegawai Perubatan (Master Surgical Programme) Di Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian Kelantan.
  • 5 Tahun Berkhidmat Sebagai Pegawai Perubatan Kecemasan Di Hospital Putra Batu Pahat.
  • 10 Tahun Berkhidmat Sebagai Pegawai Perubatan Di Klinik Kurnia & Merupakan Ceo Di Kurniaan Health Legacy Sdn Bhd.

LEFTENAN KOLONEL (DR) AZRAN BIN ALIAS

Ketua Pegawai Operasi (COO) Kurniaan Health Legacy Sdn Bhd

Leftenan Kolonel DR Azran Bin Alias telah ditauliahkan dalam Kor Perubatan pada 13 Ogos 2004. Sebelum itu, beliau berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH) selama 2 tahun dari bulan Mei 2003 sebagai Pegawai Perubatan (Medical Officer) dan juga merupakan Pegawai Perubatan (Medical Officer) di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Setelah ditauliahkan, beliau telah berkhidmat di pelbagai unit di dalam tentera antaranya:

  • 3rd Medical Battalion sebagai Pegawai Perubatan (Medical Officer).
  • UNIFIL di Lebanon sebagai Pegawai Perubatan (Medical Officer).
  • 4 Bgd Mechanize HQ sebagai Staff/Senior Pegawai Perubatan
    (Medical Officer) yang mengambil tugas menjaga 4 klinik tentera di Pahang.
  • 810 RSAT di Kem Majidee sebagai Pegawai Perubatan (Medical Officer).
  • 21 Medical Squadron Special Force/Commando sebagai Commanding Officer.
  • Naval Base KDSI Tg Pengelih sebagai Staff/Senior Pegawai Perubatan (Medical Officer) dan bertugas menjaga 5 Naval Base Military Clinic di Langkawi, Sabah & Kuantan.

Kursus & Latihan dan operasi yang terlibat:

  • Latihan pelbagai dengan unit tempatan dan unit ketenteraan
    antarabangsa seperti Green Beret, SAS, Tentera Laut British dan Komando Indonesia (KOPASSUS).
  • Pelbagai operasi ketenteraan antarabangsa di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan dan operasi ketenteraan
    domestik termasuk kawasan berisiko tinggi di sempadan Sabah Filipina.
  • Menghadiri kursus kecacatan yang dianjurkan oleh KOPERASI
    TENTERA untuk penilaian kecacatan dalam kalangan anggota Angkatan Tentera dan Tentera Johor.

VISI

Untuk menjadi sebuah organisasi yang komited dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan yang berkualiti untuk semua lapisan masyarakat secara global khususnya di kawasan daerah Batu Pahat Johor.

MISI

1. Misi kami adalah untuk menjadi sebuah organisasi yang komited dalam melakukan peningkatan taraf alat perubatan dan ubat-ubatan.
2. Meningkatkan sumber tenaga manusia.
3. Meningkatkan rangkaian perkhidmatan secara global bagi memastikan masyarakat mempunyai kesedaran tentang penjagaan kesihatan.

WE TREAT WITH CARE