DR. MOHD ANDALAS PUTRA BIN MOHAMED ISMAIL
Dilahirkan dan dibesarkan di Perak pada tahun 1974. Dikenali sebagai seorang yang bersikap rendah diri dan baik hati.
Mendapat pendidikan awal Ijazah Sarjana Muda Perubatan (MD) di University of North Sumatera, Indonesia pada tahun 2004.
Antara pencapaian beliau di dalam perubatan adalah :2005 : Tamat praktikal di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani Kedah
2005 – 2010 : Berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan (Pembedahan) di Jabatan Pembedahan
2010-2012 : Berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan (Master Surgical Programme) di Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian Kelantan. Selepas itu, beliau berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan (Kecemasan) di Hospital Putra Batu Pahat.
2012 – 2016 : Berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan (Master Surgical Programme) di Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian Kelantan.Selepa itu, beliau menyambung perkhidmatan sebagai sebagai Pegawai Perubatan (Kecemasan) di Hospital Putra Batu Pahat.
2016-KINI : Berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Klinik Kurnia dan owner Kurniaan Health Legacy Sdn Bhd (formely known as Klinik Kurnia Sdn Bhd.
Kepakaran KLINIK KURNIA adalah membantu masyarakat untuk mengetahui status kesihatan supaya sentiasa berada dalam keadaan sihat, cergas dan aktif serta dapat tidur yang lena di malam hari.
KLINIK KURNIA aktif turun padang melakukan aktiviti bersama masyarakat sekitar Batu Pahat bagi memastikan status kesihatan. Aktiviti tersebut termasuklah PKKUR (Pemeriksaan Kesihatan Klinik Kurnia), Pemeriksaan Saringan Coivid-19 di kilang-kilang dan premis-premis, PrivateDoc (Lawatan Doktor dan Paramedik ke rumah), dan lain lain program.
VISI
Untuk menjadi sebuah organisasi yang komited dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan yang berkualiti untuk semua lapisan masyarakat secara global khususnya di kawasan daerah Batu Pahat Johor.
MISI
- Misi kami adalah untuk menjadi sebuah organisasi yang komited dalam melakukan peningkatan taraf alat perubatan dan ubat-ubatan
- Meningkatkan sumber tenaga manusia
- Meningkatkan rangkaian perkhidmatan secara global bagi memastikan masyarakat mempunyai kesedaran tentang penjagaan kesihatan